17 November 2016 - 05:32
Separuh Rakyat Britain Tidak Puas Hati Dengan Prestasi Kerajaan Pimpinan Theresa May Berkaitan Isu 'Brexit'.

Menurut sebuah bancian, separuh daripada penduduk Britain berpendapat bahawa Perdana Menteri negara itu, Theresa May tidak melaksanakan tugasnya dengan baik dalam mengeluarkan Britain daripada Kesatuan Eropah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah bancian, separuh daripada penduduk Britain berpendapat bahawa Perdana Menteri negara itu, Theresa May tidak melaksanakan tugasnya dengan baik dalam mengeluarkan Britain daripada Kesatuan Eropah.

Bancian Ipsos MORI yang dikeluarkan pada hari Rabu menunjukkan bahawa 48 % daripada penduduk Britain tidak menyetujui langkah yang diambil London untuk menangani isu 'Brexit' beberapa bulan selepas para pengundi memilih untuk meninggalkan kesatuan itu di dalam referendum yang berlangsung pada Jun lepas.

Manakala 37 % yang lain pula mengatakan yang sebaliknya. 15 % daripada para responden pula mengatakan bahawa mereka tidak tahu sama ada kerajaan pimpinan May telah melaksanakan tugas mereka dengan baik atau tidak.

Bancian itu diutarakan sehari selepas sebuah dokumen yang membongkarkan maklumat bahawa kerajaan Britain berbelah-bahagi berkaitan isu 'Brexit'. Dokumen itu juga mengatakan bahawa pihak kerajaan memerlukan lebih kurang 30000 penjawat awam tambahan untuk memproses lebih kurang 500 projek berkaitan.